12 January 2011

liku hidup....

12 january 2011....buat kakak ku yang bernama siti azura...

    Dan demi masa depan mu yang jauh nun di hadapan..jalani lah hidup ini dengan ketabahan dan keberanian.Setiap manusia akan melalui saat-saat yg sukar,dan adakalanya kesukaran itu membuat kita letih untuk hidup.Mungkin hari ini dirimu berduka,mungkin saat ini diri mu menangis..dan ku mengerti saat ini dirimu bersendiri.Dan ku fahami bahawa dirimu tak mahu sebegini,aku juga wanita sepertimu..hanya ada sekeping hati yang lemah dan terluka.Namun aku yakin semangat mu bisa membawa diri mu keatas semula walau hidup ini tanpa dia.Pasrah atas takdir dirimu,redha atas kesakitan mu....
    Lepaskan lah tangisan mu diatas bahu ku andai kau mahu,aku sedia menghulur simpati pd mu kerna hanya itu yg mampu aku lakukan.Aku akan berdiri di belakang mu saat dirimu ingin rebah...
   kakak ku azura,yakin lah bahawa masih ada bahagia untuk mu yg menanti..jadikan lah kisah ini sebagai satu mimpi buruk mu...yang tak akan kau mimpi lagi...

     "ya allah...lindungilah dan berkati lah wanita ini saat dia memohon redha mu...sesungguhnya dia insan yg kuat menghadapi dugaan mu..aminnn"

3 comments: